Mak aku berminat untuk aku belajar di IPTA dan ILKA tetapi aku tidak dapat belajar di IPTA maka aku sekarang Belajar Diploma di MAHSA University.Ini adalah Peluang KEDUA aku selepas IPTA @ ILKA akan aku buktikan kejayaan aku kepada emak aku. Mak Aku Bangga aku belajar Diploma di MAHSA University. Promosi Lancarkan Impian Kemasukan pelajar baru di MAHSA UnIversity bagi Diploma dan Ijazah Untuk Lepasan Pelajar SPM dan STPM. Untuk mendapatkan SURAT TAWARAN dan PINJAMAN PENGAJIAN serta Maklumat lanjut bagi kos yang ditawarkan sila hubungi
Encik Am ditalian 0176842826 atau www.wasap.my/60176842836/MAHSA.
Daftar di mahsaintake.wordpress.com/contact
Sebarang perubahan terma dan syarat adalah bergantung kepada pihak UPU.
SOALAN LAZIM (FAQ)
KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM (UA),
POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
ISI KANDUNGAN FAQ
A. UMUM.............................................................................................. 1
B. PERMOHONAN............................................................................... 4
C. UPUONLINE.................................................................................... 7
D. HEBAHAN, KEPUTUSAN DAN RAYUAN ...................................... 9
A. UMUM
SOALAN 1:
Apa itu BPKP JPT? (1)
JAWAPAN 1:
BPKP JPT adalah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di Jabatan
Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. BPKP JPT adalah
bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke
a) 20 buah UA & 3 Politeknik Premier
- Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf
- Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
b) Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
- Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf
- Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya
Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)
SOALAN 2:
Apa itu meritokrasi dalam kemasukan pelajar?
JAWAPAN 2:
Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama,
bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi
mengguna pakai
a) 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke 20
UA dan 3 Politeknik Premier
b) 75% markah akademik, 15% sosioekonomi dan 10% markah kokurikulum
bagi kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
SOALAN 3:
Apa beza Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional/ METrO?
JAWAPAN 3:
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan Universiti Awam.
Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Tiga (3)
Politeknik Premier adalah
a) Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
b) Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
c) Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
Manakala Politeknik Konvensional pula adalah 25 buah politeknik selain
Politeknik Premier seperti berikut
1) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
2) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah
3) Politeknik Kota Bharu, Kelantan
4) Politeknik Kuching, Sarawak
5) Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6) Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
7) Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
8) Politeknik Melaka, Melaka
9) Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
10)Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
11)Politeknik Merlimau, Melaka
12)Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13)Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14)Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
15)Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16)Politeknik Muadzam Shah, Pahang
17)Politeknik Mukah, Sarawak
18)Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
19)Politeknik Jeli, Kelantan
20)Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21)Politeknik Banting, Selangor
22)Politeknik Mersing, Johor
23)Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
24)Politeknik Sandakan, Sabah
25)Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor
Politeknik METrO adalah adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi
keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Lima (5)
buah Politeknik METrO adalah
a) Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
b) Politeknik METrO Kuantan, Pahang (PMKU)
c) Politeknik METrO Johor Bahru, Johor (PMJB)
d) Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMB)
e) Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG)
SOALAN 4:
Ada Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf, ada Lepasan SPM/Setaraf dan
Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan
ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO). Banyak sangat yang saya tidak
faham dan keliru. Cuba terangkan maksud bagi setiap perkara?
JAWAPAN 4:
Program pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah calon yang mempunyai
kelayakan seperti STPM, STAM, Matrikulasi/ Asasi, Diploma, A-Level dan lain-lain
untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Manakala program pengajian Lepasan SPM/Setaraf pula adalah calon yang
mempunyai kelayakan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi,
Sijil dan Diploma.
Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia/ Sijil Suruhanjaya Tenaga adalah calon
yang mempunyai SKM dan Sijil Pendawaiaan/ Sijil Jentera untuk naik tahap
seperti dari SKM Tahap 3 ke SKM tahap 4 dan Sijil Pengajar Vokasional (VTO)
pula adalah terbuka kepada semua calon yang mempunyai Sijil/ Diploma untuk
mengikuti program menjadi tenaga pengajar Vokasional.
SOALAN 5
Selain daripada Portal Rasmi Kemasukan Pelajar iaitu http://upu.mohe.gov.my,
saluran mana yang boleh saya dapatkan informasi terkini dan adakah terdapat
apa aktiviti anjuran BPKP JPT untuk menyebar luas maklumat kemasukan bagi
membantu saya dalam mencapai cita-cita yang akhirnya mencorakkan negara
dengan pembangunan modal insan yang seimbang?
JAWAPAN 5:
Setiap tahun KPT akan menganjurkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN)
adalah sebagai platform untuk persiapan kemasukan pelajar. 20 kiosk UPUOnline
disediakan kepada anda di tapak karnival, khidmat runding cara bersama pegawai
daripada Kementerian, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta edaran
bahan bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur
permohonan.
Selain daripada itu, BPKP JPT juga telah mengambil pendekatan proaktif dengan
memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama masyarakat di
Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Twitter : @TWT_UPU
Instagram : @KEMASUKANBPKP
Anda digalakkan untuk Facebook Kemasukan BPKP JPT bagi
memastikan maklumat terkini sentiasa diperoleh.
B. PERMOHONAN
SOALAN 6:
Bagaimana permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan
ILKA boleh dikemukakan?
JAWAPAN 6:
Permohonan kemasukan hanya melalui UPUOnline sahaja di Portal Rasmi
Kemasukan iaitu http://upu.mohe.gov.my
SOALAN 7:
Bila permohonan kemasukan dibuka dan adakah bayaran dikenakan untuk
mengemukakan permohonan?
JAWAPAN 7:
Permohonan kemasukan akan dibuka pada bulan Januari/ Februari setiap tahun.
Pemohon perlu membeli No. Unik ID untuk mengemukakan permohonan
SOALAN 8:
Bagaimanakah cara untuk membeli No. Unik ID tersebut dan berapa harga No.
Unik ID?
JAWAPAN 8:
No. Unik ID boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM
BSN sehari selepas iklan disiarkan. Pemohon perlu membawa MyKad/ Salinan
MyKad untuk membeli No. Unik ID. Harga No. Unik ID adalah RM15.65 (termasuk
GST). Kos GST dikenakan oleh BSN.
SOALAN 9:
Bagaimana untuk memastikan No. Unik ID yang dibeli adalah betul?
JAWAPAN 9:
Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah
betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan
angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/Setaraf , No. Unik ID
bermula dengan angka 16XXX.
SOALAN 10:
Bolehkah saya akses UPUOnline tanpa membeli No. Unik ID?
JAWAPAN 10:
Boleh. Anda hanya perlu Daftar Kali Pertama terlebih dahulu dengan masukkan
item yang yang diperlukan. Semasa Daftar Kali Pertama ini anda tidak perlu
masukkan No. Unik ID.
Selepas daftar, anda boleh akses UPUOnline untuk dapatkan maklumat seperti
berikut sebelum mengemukakan permohonan
a) Manual Pengguna UPUOnline
b) e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan
Selepas itu, anda boleh membeli No. Unik ID dan mengemukakan permohonan
SOALAN 11:
Bolehkah saya mohon UPUOnline sedangkan saya belum mendapat
keputusan SPM lagi?
JAWAPAN 11:
Boleh. Anda sememangnya digalakkan untuk memohon UPUOnline lebih awal
bagi memastikan anda faham bagaimana untuk menggunakan UPUOnline. Anda
boleh memilih program pengajian berdasarkan keputusan percubaan dan bidang
yang diminati.
Setelah memperoleh keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat
pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan
khas yang ditetapkan.
Anda boleh mengelakkan sebarang masalah teknikal/ kesesakan jika mohon
UPUOnline lebih awal.
SOALAN 12:
Bagaimana saya tahu yang saya layak memohon atau tidak?
JAWAPAN 12:
Dalam e-Panduan, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau
tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas
program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL
http://www.semaksyarat.info
SOALAN 13:
Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, saya telah membuat
kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih
diproses oleh pihak BPKP?
JAWAPAN 13:
Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan kepada
pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian Hotline 03-8870 8200 kerana kesilapan
dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan.
SOALAN 14:
Adakah saya perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil sebagai bukti
bagi proses permohonan kemasukan?
JAWAPAN 14:
Pemohon tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil kerana BPKP
JPT melaksanakan proses padanan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia,
Bahagian Seni & Kokurikulum KPM dan sebagainya bagi memastikan data
peribadi, keputusan peperiksaan, MUET dan markah kokurikulum adalah tepat.
Walau bagaimanapon, jika anda merupakan pelajar Lepasan STPM/Setaraf dalam
Kategori Diploma/Setaraf, anda perlu upload beberapa dokumen penting dalam
Sistem UPUOnline
SOALAN 15:
Saya merupakan calon STPM dan berminat memohon ke USM dan UM. Adakah
saya mohon terus kepada USM dan UM atau memohon melalui UPUOnline?
JAWAPAN 15:
Mulai Sesi Akademik 2017/2018, anda perlu memohon melalui UPUOnline jika
berminat untuk mengikuti program pengajian di USM dan UM. Baharu
C. UPUONLINE
SOALAN 16:
Saya telah tersilap daftar No. Kad Pengenalan (NO. KP) semasa pendaftaran
peperiksaan SPM, adakah saya boleh memohon UPUOnline?
JAWAPAN 16:
Boleh. Anda cuma perlu masukkan No. KP yang silap semasa pendaftaran
peperiksaan SPM pada ruangan No. Kad Pengenalan Semasa Pendaftaran
Peperiksaan dalam UPUOnline.
SOALAN 17:
Adakah saya diberi peluang untuk membuat kemas kini permohonan
disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
JAWAPAN 17:
Ya, anda masih boleh kemas kini permohonan tanpa sebarang had sepanjang
tempoh permohonan. Namun demikian, anda perlu pastikan kemas kini maklumat
hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ke-3. BPKP
JPT tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan.
SOALAN 18:
Saya terlupa untuk mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline.
Bagaimana cara untuk saya mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline
dan adakah setiap kali saya kemaskini permohonan saya juga perlu mencetak
Slip tersebut?
JAWAPAN 18:
Anda hanya perlu login UPUOnline seperti biasa dan klik pada pautan menu SLIP
pada sebelah kanan laman. Selepas itu, Slip Permohonan UPUOnline akan
dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh cetak terus atau menyimpan/save fail
PDF tersebut dalam komputer anda.
SOALAN 19 :
Saya cuba klik pautan SLIP dalam UPUOnline, tetapi tiada sebarang paparan
Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan. Mengapakah perkara ini berlaku?
JAWAPAN 19:
Perkara ini berlaku kerana anda tidak berjaya mengemukakan permohonan.
Mungkin anda tidak klik ‘Sah & Hantar’ atau ada gangguan internet semasa
mengemukakan permohonan.
Setiap permohonan, anda perlu pastikan anda klik ‘Sah & Hantar’ dan pastikan
Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan dan dicetak/ disimpan sebagai rujukan.
Pastikan Slip Permohonan UPUOnline adalah lengkap dengan dengan maklumat
permohonan.
SOALAN 20:
Bagaimana saya perlu membuat pilihan program pengajian? Senarai program
pengajian yang ada terlalu banyak.
JAWAPAN 20:
Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai
program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-
a) 20 UA & Politeknik Premier
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/epanduan/ipta/
b) Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php
Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau
tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas
program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL
http://www.semaksyarat.info. Sila pastikan anda memilih program pengajian yang
layak sahaja.
Selain itu, sebelum anda memilih pilihan program pengajian, anda perlu memilih
tiga (3) bidang yang diminati. Senarai program pengajian yang dipaparkan adalah
berdasarkan tiga (3) pilihan bidang yang telah anda pilih.
D. HEBAHAN, KEPUTUSAN DAN RAYUAN
SOALAN 21:
Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa saya dipanggil untuk temu duga
atau ujian seperti Ujian MEdSI?
JAWAPAN 21:
Anda perlu menyemak di laman web UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang
berkaitan. Pihak UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan juga akan
turut menghubungi anda untuk maklumkan mengenai panggilan Temu duga/
Ujian.
Selain itu, SMS Blast juga akan dihantar kepada anda untuk menyemak panggilan
temu duga/ ujian. Pastikan No. Telefon Bimbit yang dimasukkan adalah betul.
SOALAN 22:
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan
kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?
JAWAPAN 22:
Anda boleh menyemak status keputusan permohonan melalui 3 kaedah berikut:
a) Internet :
• http://upu.mohe.gov.my
• https://jpt.utm.my
• http://jpt.uum.edu.my
• https://jpt.unimas.my
• http://jpt.ums.edu.my
b) SMS Taip UPURESULTNO KP ; ATAU
SMS Taip TVETRESULTNOKP dan hantar ke 15888
c) Talian Hotline UPU: 03-8870 8200
SOALAN 23:
Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih
dalam UPUOnline?
JAWAPAN 23:
Jika anda merupakan pemohon Lepasan SPM/Setaraf, anda boleh ditawarkan
dengan program di luar pilihan jika telah bersetuju pada ruangan penyataan khas
untuk menerima tawaran luar pilihan (program pengajian).
Manakala jika anda merupakan pemohon Lepasan STPM/Setaraf, anda hanya
akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak
berjaya pada ambilan pertama, anda perlu memohon rayuan pilihan program
pengajian yang anda layak dan ada kekosongan tempat sahaja. Anda akan
ditawarkan dengan pilihan program rayuan fasa 1 dan akan mendaftar bersamasama calon ambilan pertama. Jika anda masih tidak berjaya, anda akan
dipertimbangkan untuk rayuan fasa 2 jika ada kekosongan tempat. Baharu
SOALAN 24:
Sekiranya saya membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang sama,
adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian tersebut?
JAWAPAN 24:
Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan tempat.
Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga dinasihatkan agar
tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program- program kemahiran kerana
peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang
pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) yang lain.
SOALAN 25:
Saya mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, tetapi masih gagal
mendapat sebarang tawaran.
JAWAPAN 25:
Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit
dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit pemohon
tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan
besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan
mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon di Universiti Awam yang
popular, pemohon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak
mendapat apa-apa tawaran daripada UA berkenaan. Antara beberapa sebab
mengapa pemohon tidak ditawarkan ke mana-mana UA adalah kerana:
i. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT
ii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
iii. Permohonan tidak lengkap
iv. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan
v. Memohon program luar bidang aliran
vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
vii. Pemohon sedang belajar
viii. Dokumen tidak diupload atau dokumen yang diupload tidak jelas (bagi
STPM/Setaraf Kategori Diploma/Setaraf)
SOALAN 26:
Saya mendapat tawaran melalui BPKP, JPT tetapi tidak berminat dengan
kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus
lain?
JAWAPAN 26:
Tawaran adalah muktamad. Pemohon yang telah berjaya mendapat tawaran ke UA
melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran kursus yang
lain. Keputusan adalah muktamad.
SOALAN 27:
Bilakah rayuan kemasukan bagi lepasan SPM boleh dibuat?
JAWAPAN 27:
Permohonan rayuan boleh dibuat bermula 21 Mei sehingga 25 Mei 2018.
SOALAN 28:
Bagaimana saya ingin membuat permohonan rayuan ke Politeknik
Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA?
JAWAPAN 28:
Anda boleh membuat permohonan rayuan melalui agensi masing-masing selepas
hebahan keputusan diumumkan iaitu selepas jam 12 tengah hari 21 Mei 2018.
Berikut adalah maklumat permohonan rayuan di Politeknik Konvensional/METrO,
Kolej Komuniti dan ILKA :
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS)
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
https://ekampus.kbs.gov.my
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan : 23 MEI 2018
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
RAYUAN TERUS KE PUSAT LATIHAN YANG BERDEKATAN
JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI (JPKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
RAYUAN TERUS KE PUSAT LATIHAN YANG BERDEKATAN
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK (JPP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
http://www.politeknik.edu.my
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan : 7 JUN 2018
BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN (BLKP)
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
http://atpis.moa.gov.my/V4/result
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan : 25 MEI 2018
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
http://www.ekemahiran.edu.my
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan : 11 JUN 2018
SOALAN 29:
Bagaimana untuk membuat rayuan bagi lepasan SPM yang tidak mendapat
tempat di Universiti Awam/ Politeknik Premier ?
JAWAPAN 29:
Calon Lepasan SPM yang gagal untuk kemasukan ke Universiti Awam /Politeknik
Premier boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di
http://upu.mohe.gov.my mulai hari hebahan keputusan. Rayuan boleh di buat dalam
tempoh lima (5) hari bekerja.
SOALAN 30:
Bagaimana untuk membuat rayuan bagi lepasan SPM ke program TVET di
Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA?
JAWAPAN 30:
Calon yang gagal permohonan kemasukan ke Program TVET di Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan permohonan
rayuan terus kepada agensi yang berkaitan.
SOALAN 31:
Bilakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan rayuan?
JAWAPAN 31:
Permohonan rayuan sesi akademik 2018/2019 akan diumumkan keputusannya pada
04 Jun 2018.
SOALAN 32:
Apakah agensi yang menawarkan program TVET kepada calon yang memohon
melalui UPUOnline?
JAWAPAN 32:
Jabatan Pendidikan Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Belia dan
Sukan (ILKBS), Institut Latihan Kemahiran Belia Negara (ILKBN), Bahagian Latihan
Kemahiran Pertanian (BLKP) dan MARA.
SOALAN 33:
Berapakah jumlah calon OKU yang mendapat tempat program TVET bagi
lepasan SPM bagi Sesi Akademik 2018/2019??
JAWAPAN 33:
Seramai 172 calon ditawarkan tempat berbanding 192 calon yang layak bagi Sesi
Akademik 2018/2019.
SOALAN 34:
Berapakah jumlah calon Orang Asli yang mendapat tempat program TVET bagi
lepasan SPM bagi Sesi Akademik 2018/2019?
JAWAPAN 34:
Seramai 221 calon ditawarkan tempat berbanding 233 yang memohon dan layak
bagi Sesi Akademik 2018/2019.
SOALAN 35:
Saya tidak memohon program UA/Politeknik Premier dalam permohonan
UPUOnline, bolehkah saya membuat rayuan untuk permohonan ke
UA/Politeknik Premier?
JAWAPAN 35:
Boleh, sekiranya anda tidak berjaya mendapat tawaran.
SOALAN 36:
Kenapa saya tidak nampak langsung paparan pilihan program dalam
permohonan rayuan saya?
JAWAPAN 36:
Anda tidak nampak pilihan program kerana anda tidak melepasi syarat khas
program untuk lepasan SPM. Sila kemukakan permohonan rayuan ke program
TVET seperti berikut:
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS)
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
https://ekampus.kbs.gov.my
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan : 23 MEI 2018
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
RAYUAN TERUS KE PUSAT LATIHAN YANG BERDEKATAN
JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI (JPKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
RAYUAN TERUS KE PUSAT LATIHAN YANG BERDEKATAN
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK (JPP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
http://www.politeknik.edu.my
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan : 7 JUN 2018
BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN (BLKP)
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
http://atpis.moa.gov.my/V4/result
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan : 25 MEI 2018
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
http://www.ekemahiran.edu.my
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan : 11 JUN 2018
SOALAN 37:
Bilakah tarikh Hebahan Lepasan STPM/Setaraf di umumkan?
JAWAPAN 37:
Dijangkakan akan diumumkan pada minggu akhir bulan Julai 2018.
SOALAN 38:
Saya pelajar STPM/Setaraf dan keputusan baru-baru ini, saya gagal mendapat
sebarang tawaran di UA, bagaimanakah cara untuk saya membuat rayuan?
JAWAPAN 38:
Anda boleh mengemukakan rayuan atas talian yang akan dibuka terus pada hari
hebahan dan tamat sehingga 5 hari bekerja (dijangka tutup minggu pertama Ogos).
SOALAN 39:
Saya pelajar STPM aliran sastera dan ingin membuat rayuan akan tetapi
pilihan program yang saya inginkan tiada dalam pilihan, boleh saya tahu
kenapa saya tidak boleh memilih program tersebut?
JAWAPAN 39:
Pilihan program yang tertera mengikut kelayakan dan kekosongan tempat yang di
tawarkan oleh Universiti Awam.
SOALAN 40:
Saya telah memilih program bertemuduga semasa rayuan. Adakah saya akan
di panggil temuduga?
JAWAPAN 40:
Panggilan temuduga dan kaedah yang akan digunakan tertakluk kepada universiti.
SOALAN 41:
Boleh saya tahu rayuan melalui UPU ada berapa fasa?
JAWAPAN 41:
Rayuan melalui UPU ada 2 fasa. Fasa 1, rayuan di buka mengikut pilihan program
yang mempunyai kekosongan tempat. Fasa 2, di hebahkan keputusan sahaja
mengikut kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar di UA.
SOALAN 42:
Bilakah keputusan rayuan fasa 1 dan fasa 2 akan diumumkan ?
JAWAPAN 42:
Hebahan keputusan fasa 1 pada Minggu akhir Ogos manakala Fasa 2 pada minggu
kedua September 2018.
SOALAN 43:
Saya lepasan Diploma, hebahan baru-baru ini saya mendapat tawaran luar
pilihan. Adakah saya boleh membuat pertukaran?
JAWAPAN 43:
Keputusan adalah muktamad, sebarang pertukaran tidak di benarkan. Untuk
makluman, calon lepasan Diploma telah dipilih oleh universiti sendiri dengan
menyemak kelayakan, dokumen