Promosi Hebat Untuk Pendidikan, Perniagaan dan Motivasi di portal majulink.com
Halaman Utama
https://www.majulink.com/
Promosi Pengambilan Pelajar Baru di MAHSA University untuk Diploma dan Ijazah
https://www.majulink.com/Daftar_Pengambilan_Pelajar_Baru_Diploma_Ijazah_MAHSA_University
Promosi Pengambilan Pelajar Baru di LINCOLN University College untuk Diploma dan Ijazah
https://www.majulink.com/Daftar_Pengambilan_Pelajar_Baru_Diploma_Ijazah_Lincoln_University_College
Penjualan Hebat Lampu Jalan LED Techwonmaju
https://www.majulink.com/Penjualan_Lampu_Jalan_LED_Techwonmaju
Penjualan Hebat Rumah bagi Penjawat Awam dengan SKIM ZERO DEPOSIT
https://www.majulink.com/Jualan+Taman+Desa+Pengkalan+Ipoh+Perak
Penjualan MEGA SALE bagi Penapis Air dan Penapis Udara CUCKOO
https://www.majulink.com/tempahan-cuckoo
https://www.majulink.com/Promosi+Jualan+Penapis+Air+dan+Penapis+Udara+Cuckoo
Mutiara Hikmah Terbaik
selamat pagi semua insan hebat!🤗
3 habit orang berjaya yang perlu Kita teladani untuk menjadi berjaya seperti mereka atau lebih Dari mereka,
1. Bangun awal pagi dengan perasaan excited untuk lakukan apa yang mahu Kita lakukan mengikut perancangan yang telah Kita siapkan
2. Cinta pada apa yang Kita kerjakan
3. Percayalah pada diri sendiri dengan penuh keyakinan dan buatlah bersungguh-sungguh dengan kebergantungan hati bulat-bulat kepada Allah yang maha Kaya.
3 quality habits for successful and quality living.
Halaman Utama
https://www.majulink.com/
Promosi Pengambilan Pelajar Baru di MAHSA University untuk Diploma dan Ijazah
https://www.majulink.com/Daftar_Pengambilan_Pelajar_Baru_Diploma_Ijazah_MAHSA_University
Promosi Pengambilan Pelajar Baru di LINCOLN University College untuk Diploma dan Ijazah
https://www.majulink.com/Daftar_Pengambilan_Pelajar_Baru_Diploma_Ijazah_Lincoln_University_College
Penjualan Hebat Lampu Jalan LED Techwonmaju
https://www.majulink.com/Penjualan_Lampu_Jalan_LED_Techwonmaju
Penjualan Hebat Rumah bagi Penjawat Awam dengan SKIM ZERO DEPOSIT
https://www.majulink.com/Jualan+Taman+Desa+Pengkalan+Ipoh+Perak
Penjualan MEGA SALE bagi Penapis Air dan Penapis Udara CUCKOO
https://www.majulink.com/tempahan-cuckoo
https://www.majulink.com/Promosi+Jualan+Penapis+Air+dan+Penapis+Udara+Cuckoo
Mutiara Hikmah Terbaik
Reda terima nikmat, ditimpa musibah
Oleh Ahmad Shukri Yusoff
bhagama@bh.com.my
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka serta berkata, "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya, dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah. (Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)." (Surah at-Taubah ayat 59)
Sheikh Al-Maraghy ketika menafsirkan ayat itu membuat rumusan Mukmin wajib reda dan berasa puas terhadap usaha mereka dan segala yang diperolehnya dengan cara benar seperti sedekah dengan menghadapkan hati kepada Allah SWT. Hendaklah dia berharap hanya kepada Tuhan sahaja untuk memperoleh keinginannya yang berada di luar usaha dan hak syari'e.
Dr Yusuf Qaradawi menyatakan seorang Islam harus reda terhadap diri sendiri dan Tuhannya, alam dan hidup, takdir serta rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Reda secara umumnya, sifat lapang hati ketika menerima ketentuan Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturan-Nya sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan.
Dalam al-Quran disebut tidak kurang 70 kali perkataan mengandungi maksud reda. Pada umumnya, ia berkait dengan masalah iman, amal soleh, kebajikan dan nilai utama yang lainnya. Malah sumber reda itu ialah iman sehingga semakin kuat dan tebal iman seseorang, semakin mantap reda bersemi dalam jiwanya.
Dalam kehidupan Muslim, sikap reda adalah tahap terakhir harus diterima setelah terlebih dahulu berusaha dengan segala kemampuan. Kalau seseorang menghadapi masalah yang perlu memilih antara dua alternatif yang sama kuat, hendaklah dia berhubungan dengan Allah SWT dengan melakukan solat istikharah supaya dicondongkan hatinya memilih yang lebih baik.
Kalau pilihan atau keputusan itu sudah ada, meskipun buruk dan tidak sesuai dengan harapan, dia tetap menerima ketentuan dengan sikap reda.
Apa kita rancangkan kadang-kadang tidak berjalan seperti kita harapkan, lantas kita bertanya kepada diri di manakah silapnya? Namun, apabila kita tidak menemui puncanya kerana kita merasakan perancangan cukup sempurna, sebenarnya kita terlupa ada perancang lebih besar, iaitu Allah. Ingatlah apabila ditimpa masalah ataupun apa yang diharapkan tidak berjalan seperti diimpikan, jangan mudah mengeluh ataupun bersedih kerana kita tidak tahu apa yang Allah rancangkan dan percayalah kalau kita rasakan masalah itu besar, maka pujuklah hati suatu ketika masalah ini akan hilang dan sinar kebahagiaan akan muncul walaupun tidak mengetahui waktunya.
Di sinilah terletak kebahagiaan Muslim seperti dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Al-Bazar bermaksud: "Kebahagiaan manusia ialah memohon pilihan kepada Tuhannya dan bersikap reda terhadap ketentuan (qada'). Tanda daripada kecelakaan manusia ialah meninggalkan usaha istikharah (memohon pilihan) dan tidak reda terhadap ketentuan diterimanya."
Dalam usaha mengharungi kehidupan, kita harus berasa senang menerima ketentuan Allah. Ketentuan itu umumnya disebut takdir pada asasnya membabitkan dua perkara. Pertama berupa nikmat yang pasti akan diterima manusia dengan perasaan senang dan dengan penuh kegembiraan serta kedua, bencana yang datang pelbagai bentuk.
Jika kita ditimpa bencana seperti banjir, kebakaran. kemalangan atau malapetaka alam, tentu kita akan mengeluh, sedih serta berkata-kata dalam hati mengapa musibah menimpa ke atas diri dan kenapa tidak berlaku kepada orang lain. Sikap ini termasuk dalam kategori tidak reda menerima takdir Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apa jua menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa kamu." (Surah Asy-Syu'ara ayat 30)
Dalam ajaran Islam, dianjurkan kita bersikap seperti disabdakan Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila sesuatu musibah menimpa engkau, maka janganlah engkau berkata, "Kalau (tadinya) aku berbuat begitu tentulah jadinya akan begini." Namun katakanlah, "Allah mentakdirkan yang demikian dan apa-apa yang dikehendaki-Nya, Dia perbuat." Ucapan 'kalau-kalau' itu hanya membukakan peranan syaitan. (Riwayat Muslim).
Sikap reda haruslah ditunjukkan baik ketika menerima nikmat mahupun ditimpa musibah. Bagi Mukmin, segala keputusan Allah adalah terbaik. Kurniaan kejayaan dalam hidup tidak menjadikannya riyak, takabbur dan ujub sehingga menyeretnya ke neraka. Ditimpa musibah tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga menyeretnya ke dalam kalangan manusia tidak bersyukur.
Antara tujuan seseorang itu diuji Allah SWT adalah bagi menghapuskan dosanya. Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosanya seperti pohon menggugurkan daun-daunnya." (HR Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, kita melihat Allah SWT memberikan kepada kita kaitan antara keimanan dan ujian. Bermakna, setiap kali manusia teruji, keimanannya akan menjadi penentu sama ada dia mampu menghadapi ujian tersebut dengan reda atau tidak. Maka lebih berat ujian yang dihadapi, semakin tinggi keimanan perlu diraih untuk kita berjaya mengharunginya.
Diceritakan suatu hari seorang lelaki tawaf mengelilingi Kaabah sambil berkata, "Wahai Tuhanku adakah Engkau reda kepadaku?" Kebetulannya di belakangnya, Imam Shafie yang bertanya balik kepada lelaki itu, "Adakah kamu reda segala diberikan Allah sehingga Allah juga boleh reda kepada engkau?" Lelaki itu menjawab, "Subhanallah, aku reda apa yang datang dari-Nya dan aku mengharapkan reda-Nya. Apa maksud kamu sebenarnya?" tanya lelaki itu kepada Imam Shafie. Imam Shafie menjawab, "Jika kamu bergembira mendapat ujian sama seperti kamu gembira mendapat nikmat itulah maksud kamu reda sesuatu yang didatangkan oleh Allah kepada kamu."
Itulah yang digambarkan Rasulullah SAW mukmin berada pada tahap luar biasa dan menakjubkan kerana mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan. Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya" (HR Muslim)
Apabila kita mengaitkan segala kejadian di dunia ialah hasil aturan dan kehendak Allah SWT, kita akan melihat semuanya dari perspektif positif. Allah SWT tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya. Keimanan akan menyuntik kekuatan insan untuk berhadapan dengan ujian menimpa. Menjauhkan dirinya dari kelemahan putus asa dan kemudaratan kecewa. Keimanan inilah yang akan membina peribadi yang teguh mengharungi cabaran dunia.
Penulis adalah Perunding motivasi Fitrah Power Resources
3 habit orang berjaya yang perlu Kita teladani untuk menjadi berjaya seperti mereka atau lebih Dari mereka,
1. Bangun awal pagi dengan perasaan excited untuk lakukan apa yang mahu Kita lakukan mengikut perancangan yang telah Kita siapkan
2. Cinta pada apa yang Kita kerjakan
3. Percayalah pada diri sendiri dengan penuh keyakinan dan buatlah bersungguh-sungguh dengan kebergantungan hati bulat-bulat kepada Allah yang maha Kaya.
3 quality habits for successful and quality living.
5 tips agar konsisten dalam berusaha meraih cita-cita dan impian anda.
1. Lakukan sekarang bukan esok atau lusa. Jangan amalkan sikap menunggu kerana masa bukan milik kita.
2. Kejayaan memerlukan masa bukan hari ini buat esok sudah menjadi jutawan. Latihlah diri untuk belajar bersabar kerana nak berjaya ni banyak halangannya.
3. Percayalah pada kemampuan diri dan
berhentilah membuat perbandingan apa yang anda ada dan dengan apa yang orang lain ada. Syukuri yang ada dalam genggaman.
4. Jangan biarkan fikiran negatif menguasai diri anda. Kita harus bijak memilih kritikan yang diucapkan dengan tulus untuk memajukan diri atau abaikan sahaja kritikan yang boleh menjatuhkan anda.
5. Fokuslah dengan apa yang anda sedang buat sekarang. Kejayaan memerlukan masa. Jangan cepat mengalah apabila apa yang sedang kita usahakan belum mencapai apa yang kita ingini