7 TABUNG ASAS GAJI
Asas perbelanjaan kita boleh kita bahagikan kepada 7 tabung ini. Dalam buku Wang Ada Dimana ada 3 kaedah lain, bergantung cara kita belanja.
1. 55% PERBELANJAAN
segalanya masuk sini temasuk hutang rumah, kereta, makan, minum, boxer, bulu mata, rokok, panadol semua dalam ini.
2. 10% SIMPANAN TETAP
Jangan ganggu duit ini, anggap kita akan guna bila nak pencen nanti. Simpan dan pejam mata paling dalam.
3. 10% SIMPANAN PELABURAN
Simpanan untuk tujuan beli saham, rumah pertama dan tujuannya adalah melabur saja secara jangka panjang. Jangan masuk skim cepat kaya.
4. 5% HIBURAN
Hiburkan diri dengan tabung ini, tengok wayang sendiri, jalan jalan luar negeri atau makan 'pot con' sendiri.
5. 5% PENDIDIKAN
Pendidikan mesti sepanjang zaman bukan zaman kolej saja, beli buku, hadir seminar supaya dapat kenalan.
6. 5% AMALAN BAIK
Sedekah, beri sumbangan, bantuan pada orang yang memerlukan untuk jadi kita lebih mulia. Jika ada lebih lagi baik. Zakat 2.5% boleh masuk sini juga.
7. 10% TAKAFUL
Lindungi diri dari bencana kita tak tahu bila akan melanda. Sediakan payung pasar malam sebelum hujan.
Makin banyak simpanan kita, makin sexy dimata wanita. Tak caya cuba tanya Nora Danish?
Azizul Azli Ahmad
rujukan FB : Azizul Azli Ahmad