SILA WHATSAPP @ SMS @ HUBUNGI ENCIK AM ditalian 017 6842 836 @ www.wasap.my/6017684236/MAHSA atau daftar online di portal website ini https://mahsaintake.wordpress.com/contact/
(MAHSA, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Email) untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai kursus Diploma @ Ijazah Sarjana Muda @ Tahun Asas di MAHSA University.
KEMASUKAN KE MAHSA UNIVERSITY BAGI LEPASAN SPM/STPM/DIPLOMA & ETC. PENDAFTARAN BOLEH DI BUAT SEKARANG.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Pegawai Pendaftaran : 017 68 42 836 www.wasap.my/6017684236/MAHSA En Am secara Whatsapp @ SMS @ Telegram Taipkan (MAHSA, Nama Penuh, No IC dan Email) Terima kasih.
Untuk mendapatkan surat tawaran daripad MAHSA University boleh hubungi saya Pegawai Pendaftaran : 017 68 42 836 @ www.wasap.my/6017684236/MAHSA En Am secara Whatsapp @ SMS @ Telegram Taipkan (MAHSA, Nama Penuh, No IC dan Email) Terima kasih.
PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAB 1.0 : PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1.1 PENGENALAN
Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantu atau mengendalikannya. Walaupun perniagaan lain sekalipun memerlukan kerjasama dari sumber manusia dari luar atau rakan-rakan perniagaan lain untuk wujud.
Tujuan diwujudkan pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan bahawa manusia yang diambil bekerja oleh organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan dan mereka berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Dahulu, sumber manusia dikenali sebagai ‘kos’ kepada organisasi kerana perlu dibayar gaji, diberi berbagai bentuk faedah dan cuti, bonus dan faedah kesihatan. Kini, mereka dikenali pula sebagai ‘aset’ kepada organisasi. Pada hakikatnya, manusia adalah nadi utama dalam sesebuah organisasi agar ia dapat bergerak dengan lancar. Anjakan paradigma inilah yang mencetuskan betapa pentingnya sesebuah organisasi menghargai hasil kerja yang berkualiti yang ditunjukkan oleh kakitangan dan pekerja mereka. Pengurusan tertinggi organisasi juga memastikan tenaga kerja yang menerajui organisasi mereka mampu memanifestasikan misi, objektif dan saranan korporat, dengan kata lain ‘making things happen’. Oleh itu, pengurusan sumber manusia perlu untuk menentukan pencapaian objektif dan matlamat organisasi.
Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam pengurusan yang mempunyai hubungan yang rapat sesama individu. Di samping itu juga, ia menumpukan terhadap pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada pelanggan, di mana ia boleh membantu organisasi memberi kepuasan kepada keperluan luaran pelanggan. Pengurusan sumber manusia merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan sumber manusia yang merupakan kunci kepada kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting dan berharga berbanding dengan sumber lain dalam organisasi.
1.2 DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Menurut Bohlander et al (2001), pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivencevich (2001) pula mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.
Di samping itu, terdapat berbagai perspektif terhadap fokus pengurusan sumber manusia iaitu:
- Pengurusan sumber manusia dianggap pengurusan manusia yang mengurus pekerja sebagai aktiviti langsung dan interpersonal.
- Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan personalia yang memberi penekanan kepada kemahiran teknikal untuk penilaian, pemilihan, latihan dan sebagainya.
- Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan strategik yang menekankan pekerja sebagai harta dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan sumber manusia merujuk kepada amalan, dasar dan sistem yang mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan prestasi pekerja. Antara amalan-amalan pengurusan sumber manusia termasuk menentukan keperluan sumber manusia (perancangan sumber manusia), menarik pekerja yang berkelayakan (perekrutan), memilih pekerja (pemilihan), mengajar pekerja bagaimana untuk melaksanakan kerja dan menyediakan mereka untuk masa depan (latihan dan pengembangan), memberi ganjaran kepada pekerja (pampasan), menilai prestasi pekerja (penilaian prestasi), dan membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni (perhubungan pekerja), Noe et al. (2000).
Amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dibentuk dan digunakan untuk membantu mencapai matlamat dan objektif perniagaan dan organisasi. Menurut Tsui dan Gomez Meija (1998), Danaley dan Huselid (1996) amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dikaitkan dengan prestasi organisasi di mana ia boleh mempengaruhi kepuasan pekerja dan pelanggan, inovasi, produktiviti dan juga pembangunan reputasi yang baik di kalangan organisasi lain.
Jadual 1.1 : Fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia.
Fungsi
|
Aktiviti
|
Perancangan dan Perekrutan
|
Temuduga, perekrutan, ujian
|
Latihan dan Pembangunan
|
Orientasi, kemahiran, latihan, pendidikan, peningkatan produktiviti, pembangunan dan laluan kerjaya
|
Pampasan
|
Mentadbir gaji dan upah, penyediaan faedah dan elaun, bonus, penghargaan dan pujian, pampasan eksekutif, penilaian pekerjaan, struktur pampasan
|
Prestasi
|
Mengurus prestasi, membentuk piawaian prestasi, tindakan pembetulan, kaedah penilaian, temubual prestasi
|
Kemudahan
|
Insurans, pengurusan cuti, pelan persaraan, pembahagian keuntungan
|
Perkhidmatan Pekerja
|
Program bantuan pekerja, pemindahan kerja, perkhidmatan
|
Rekod peribadi
|
Sistem maklumat, rekod tentang pekerja
|
Pekerja dan Hubungan Komuniti/ Masyarakat
|
Kajian sikap, hubungan pekerja, pematuhan peraturan dan polisi, disiplin, undang-undang buruh
|
Keselamatan dan kesihatan
|
Pembentukan polisi, pemantauan pelaksanaan polisi, penguatkuasaan, pengawasan keselamatan, latihan keselamatan, ujian kesihatan, penyediaan peralatan perlindungan peribadi
|
Perancangan strategik
|
Pengurusan sumber manusia antarabangsa, ramalan perancangan, gabungan dan perolehan
|
Berdasarkan aktiviti di atas, maka prinsip pengurusan sumber manusia boleh dirumuskan seperti berikut:
- Untuk membekalkan pekerja kepada organisasi, iaitu dengan jumlah yang cukup, mempunyai kemahiran yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Proses ini meliputi perancangan, perekrutan, pemilihan, orientasi dan perancangan berterusan.
- Untuk membantu meningkatkan kelayakan dan kemahiran pekerja dengan menyediakan program-program latihan dan pengembangan, bantuan pendidikan, pertukaran dan pengurusan kerjaya.
- Untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan keberkesanan melalui program insentif, penilaian prestasi, kualiti kerja dan program pembangunan organisasi.
- Untuk memastikan pekerja yang berkebolehan kekal dan setia kepada organisasi melalui program seperti pampasan dan kemudahan, ganjaran, kenaikan pangkat, perhubungan majikan dan pekerja, dan program bantuan pekerja.
- Untuk memberhentikan pekerjaan dalam suasana yang konsisten dengan matlamat organisasi, di samping tidak merendahkan martabat pekerja tersebut di mata pekerja lain.
1.3 FUNGSI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Fungsi pengurusan sumber manusia merujuk kepada tugas dan kerja yang dilakukan oleh organisasi yang kecil atau besar dalam usaha untuk memberi dan menyelaras sumber manusia. Fungsi-fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti yang memberi signifikan kepada semua bahagian dalam organisasi. Byres dan Rue (1998) telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia iaitu:
- Perancangan Sumber Manusia
- Pembangunan Sumber Manusia
- Pampasan dan Kemudahan
- Keselamatan dan Kesihatan
- Perhubungan Industri
- Penyelidikan Sumber Manusia
Keenam-enam aktiviti tersebut boleh diperincikan seperti dalam Jadual 1.2 seperti berikut:
Perancangan, Perekrutan dan Pemilihan Sumber Manusia
|
|
Pembangunan Sumber Manusia
|
§ Orientasi dan melatih pekerja
§ Mengurus dan mengimplimentasi pengurusan dan program-program pembangunan organisasi.
§ Membentuk kumpulan yang berkesan dalam struktur organisasi.
§ Mereka sistem bagi menilai prestasi setiap pekerja.
§ Bantu pekerja dalam membangunkan rancangan kerjaya mereka.
|
Pampasan dan Kemudahan
|
§ Reka dan implimentasi sistem pampasan dan kemudahan untuk semua pekerja
§ Memastikan pampasan dan kemudahan adalah adil dan konsisten.
|
Keselamatan dan Kesihatan
|
§ Reka dan implimentasi program yang memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
§ Memberi bantuan kepada pekerja yang mempunyai masalah peribadi yang boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka.
|
Perhubungan Industri
|
|
Penyelidikan Sumber Manusia
|
|
1.4 CABARAN SUMBER MANUSIA
Perubahan yang berlaku pada hari ini dari segi globalisasi, teknologi dan lain-lain menyebabkan pengurusan sumber manusia perlu menjadi agen perubahan. Pengurus sumber manusia perlu membuat banyak perkara, memperkenalkan dasar baru, membentuk budaya kerja sihat, membuat organisasi lebih peka kepada persekitaran., fleksibel dan terus bersaing di samping sentiasa memantau persekitaran organisasi.
1.4.1 Perubahan Teknologi
Teknologi yang serba canggih pada masa kini membolehkan pengurus sumber manusia menjadi lebih berkesan di samping dapat mempercepatkan perjalanan berbagai fungsian sumber manusia. Di samping itu, perubahan teknologi memerlukan pekerja yang lebih berpengetahuan yang boleh membantu pihak pengurusan untuk mengesan dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan tentang bidang kerja mereka.
1.4.2 Perubahan Trend Pekerjaan
Lebih ramai kaum wanita memasuki pasaran kerja pada masa kini memerlukan perubahan kepada beberapa aspek fungsian sumber manusia. Ini adalah untuk mengekalkan tenaga kerja di kalangan wanita di sektor pekerjaan, di samping untuk membantu kaum wanita yang menghadapi maslah semasa bekerja. Antara aspek yang diubah ialah cuti bersalin 60 hari yang diberikan kepada wanita, wujudnya organisasi yang memberi waktu kerja anjal untuk mengatasi masalah penjagaan kanak-kanak ketika ibu bekerja. Ini merupakan sebahagian dari perubahan yang dihadapi oleh pekerja wanita pada masa kini.
1.4.3 Buruh asing
Terdapat ramai pekerja negara luar terutamanya yang datang untuk bekerja di Malaysia seperti pekerja dari Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Myanmar. Para pekerja dari kategori ini perlu mematuhi peraturan dan undang-undang buruh Malaysia di samping peraturan yang dikeluarkan khas untuk pekerja pendatang ini. Sebagai contoh, mereka perlu mendapat permit pekerjaan Malaysia sebelum bekerja di mana-mana syarikat di Malaysia. Selain itu, mereka perlu menjalani dan lulus ujian kesihatan terlebih dahulu.
1.5 KESIMPULAN
Pengurusan sumber manusia merupakan aspek yang perlu diberi perhatian oleh semua pengurus organisasi. Ini adalah kerana pekerja merupakan elemen yang penting dan berharga untuk mencapai keberkesanan organisasi. Fungsi sumber manusia seperti pampasan, perancangan dan perekrutan sumber manusia, pemilihan dan sosialisasi, latihan dan perhubungan industri merupakan aspek yang membantu mencapai keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.
SILA WHATSAPP @ SMS @ HUBUNGI ENCIK AM ditalian 017 6842 836 @ www.wasap.my/6017684236/MAHSA atau daftar online di portal website ini https://mahsaintake.wordpress.com/contact/
(MAHSA, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Email) untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai kursus Diploma @ Ijazah Sarjana Muda @ Tahun Asas di MAHSA University.
KEMASUKAN KE MAHSA UNIVERSITY BAGI LEPASAN SPM/STPM/DIPLOMA & ETC. PENDAFTARAN BOLEH DI BUAT SEKARANG.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Pegawai Pendaftaran : 017 68 42 836 www.wasap.my/6017684236/MAHSA En Am secara Whatsapp @ SMS @ Telegram Taipkan (MAHSA, Nama Penuh, No IC dan Email) Terima kasih.
Untuk mendapatkan surat tawaran daripad MAHSA University boleh hubungi saya Pegawai Pendaftaran : 017 68 42 836 www.wasap.my/6017684236/MAHSA En Am secara Whatsapp @ SMS @ Telegram Taipkan (MAHSA, Nama Penuh, No IC dan Email) Terima kasih.