PROMOSI MENARIK UNTUK PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI DIPLOMA FARMASI DI KATPM PERLIS

DIPLOMA FARMASI DITAWARKAN DI KATPM PERLIS





Bidang farmasi telah dikenalpasti sebagai bidang yang kritikal pada masa kini kerana masyarakat kini sangat prihatin terhadap tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Seorang pembantu farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Pusat-pusat Kesihatan. Matlamat utama pembantu farmasi di dalam semua organisasi ini adalah untuk memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, pengedaran dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal. Di samping itu pembantu farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat untuk mempreskripsi dan menggunakan produk farmaseutikal. Ilmu ini juga dapat digunakan untuk melahirkan profesional beretika yang dapat mewujudkan keseimbangan di antara tanggungjawab kemasyarakatan demi untuk memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional mengambil langkah proaktif untuk menawarkan kursus ini bagi memberi peluang kepada remaja yang berminat untuk mendalami ilmu farmasi di peringkat asas sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan berdaftar sebagai ahli farmasi profesional. Di samping itu, kursus ini juga dapat menjadi pemangkin dalam menambahkan ahli-ahli farmasi untuk memenuhi keperluan negara.

Syarat Kelayakan

SPM 3 KEPUJIAN termasuk kepujian SALAH SATU mata pelajaran SAMADA pelajaran SainsATAU Biologi ATAU Fizik DAN lulus Bahasa Melayu.

Prospek Kerjaya

Seorang farmasi boleh berkerja sama ada di hospital, kedai farmasi, industri farmaseutikal, unit penguatkuasa, biro kawalan farmaseutikal kebangsaan, universiti atau bahagian farmasi di pusat-pusat kesihatan. Disamping itu, ahli farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat demi untuk memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.

sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak kolej KATPM Perlis.
Semester 2


Diploma Farmasi UiTM . . .

Assalamualaikum dan selamat pagi

Okay, disebabkan tak lama lagi akan keluar keputusan UPU untuk lepasan SPM, makanya aku rasa nak buat entry ni sebagai salah satu panduan untuk mereka iaitu adik adik yang nak masuk dalam bidang Diploma Farmasi

Sebelum tu, alhamdulillah aku dah pun berjaya menamatkan pengajian untuk tempoh teori dalam diploma farmasi ni dan sekarang, InsyaAllah akan meneruskan pengajian untuk tempoh praktikal di Hospital Seberang Jaya selama setahun bermula awal bulan Jun ni. Sama sama doakan aku agar berjaya dengan jayanya praktikal di sana nanti. Amin.

So, secara kasarnya diploma farmasi ni korang akan belajar banyak sangat pasal ubat ubatan. Sampai kekadang tu rasa nak muntah baca, hafal dan faham ubat ubatan ni. Haha. Serius cakap sampai kekadang tu dah taknak belajar farmasi ni *aku lah tu*. HAHA. Tapi semua tu masa sem 3 dan ke atas lah. Masa sem 2 ni banyak akan belajar basic basic dulu. boleh survive jika belajar dan fokus betul betul. 

Ok, dah puas pongpang pongpang, sekarang berbalik kepada tujuan asal entry ni dibuat. InsyaAllah, aku akan cuba kongsikan apa yang boleh aku kongsikan di sini. Kalau tak dapat capai tahap fahaman korang, silakan rajin2kan diri bertanya ya. :) 


Takmau nak panjangkan entry, sekarang teruskan dengan subjek2 yang akan dibelajar sepanjang tempoh. Macam cliche rasa kan benda2 ni, tapi nanti akan ada yang tanya. Percayalah. Haha. Tak apa, aku faham rasa tu macam mana, aku dulu pun macam tu jugak, merata cari maklumat tapi tak jumpa sangat. Makanya, aku harap entry ni sedikit sebanyak dapatlah bantu adik2 yang baru nak masuk universiti ni. 

Semester 1
Nampak tak gambar kat atas tu? Boleh besarkan untuk nampak dengan lebih jelas. Ya, aku tahu banyak kan. Yessss. Sangat banyak, ada 8 subjek semuanya. Tapiiii jangan risau. Korang masih boleh dan mampu bagi keputusan yang baik kepada parents untuk semester 1 ni. Berdasarkan apa yang aku observe untuk batch aku dan batch junior, alhamdulillah kebanyakannya mampu untuk score 3.5 dan ke atas.

Untuk sem 1 ni, subjek paling senang nak score bagi aku adalah ICT for Pharmacy tu. Serius senang dan aku suka sangat3. Haha. BEL, CTU, HBU itu memang wajib ambik sampai semester 3. MAT 133, Pre Calculus ni bagi aku suam suam kuku lah. Tak susah mana, cumanya kena banyak buat latihan, carry marks kena kumpul betul2 la. PHC 112, Life Sciences ni lebih kurang biology SPM. Boleh score lah kan. PHC 113, Introduction to Pharmaceutics ni macam tough sikit sebab baru nak kenal2 dekat pharmacy kan. Last sekali, PHC 114, Chemistry ni macam lebih kurang Chemistry SPM. Hah, sebab tu aku cakap boleh score sebab mostly banyak basic2 lagi. *menyesal takdapat result mantap dulu. hehe*

ada je ramai yang boleh score dengan baik dan maintainkan pointernya. Aku bukan nak menakutkan ka apa, cumanya kalau boleh semester dua ni buatlah baik baik. Jangan start akhir2 baru nak belek apa semua. Kes naya tu.alhamdulillah, ada ja kawan2 aku yang dapat naikkan pointer. Contoh roommates aku, sem 1 tak dapat DL, tapi sem 2 dapat DL. InsyaAllah, kalau usaha, bolehlah buat yang terbaik.

PHC 121, PHC122, PHC123 adalah antara subjek yang boleh buatkan kita menangis sangat2. Haha. Thriller sikitlah subjek2 ni. Kena start study bebetul dari awal. PHC 124 pun lebih kurang boleh menggugurkan jantung kita ni sebabnya subjek ni 4.0 kredit hours. Belajar subjek ni seronok tapi nak score macam tak tercapai mana lah. Diingatkan, kalau nak dapatkan 3.5 ke atas semester ni, subjek ni kenalah score A sekurang kurangnya. Goodluck okay ! :)

Sem 1 dan sem 2 memang ada lab. Jadi jangan lupa lab coat ya adik adik.



Semester 3
Sem 3 ni adalah sem yang agak banyak melibatkan kita dalam lab. Sebab sem ni dah lebih fokus ke arah membentuk kita ke arah seorang pembantu farmasi. Semester ni memang makin mencabar lah . Tapi macam semester2 sebelum ni, memang kena start dari awal sebab anda akan jumpa lebih kurang 50++ nama ubat, brand ubat, MOA, ADR dan sebagainya. Kita jumpa dan semestinyalah kena hafal. Haha. Untuk semester ni memang aku malas nak ulas banyak2 dah, sebab kena alami sendiri baru tahu macam mana. Yang paling mencabar bagi aku semester ni ialah PHC 213, PHC 214 dan PHC 215. Sangat3 mencabar. 

Semester 4
Untuk semester 4 ni aku taknak taip kat sini lagi, sebab memang dah plan nak buat entry lain iaitu entry penghargaan kepada pensyarah pensyarah aku sempena hari guru ni. Memang dalam perancangan tapi aku publishkan entry yang ni dulu. Kalau rajin nanti, godek godek lah blog aku untuk akan datang. Haha. 

Phewwww. Aku rasa macam dah panjang sesangat dah entry ni. Okey, habis part subjek dalam diploma farmasi. Rasanya takat ni benda ni perkara yang penting bagi aku dan korang juga. Kalau ada apa2 soalan lagi, bolehlah tanya aku. Takpun bolehlah search2 lagi pasal diploma farmasi kat UiTM ni. 

Kepada kawan2 aku ataupun junior2 yang baca, janganlah nak condemn lebih lebih ya. Aku buat entry ni main tembak tembak ja. Direct ja main taip2, takmau edit edit dah. Malas sebab panjang benar rasa entry ni. Hahaha. So, jumpa lagi nanti ya. Nak menghupdate entry pasal sem 4 pulak ni.

So, kalau rajin bolehlah jenguk2 entry yang aku attachkan dekat sini untuk makluman tambahan :-








113 comments:

SyazandSharifah said...
salam. saya lepasan spm 2012..sya dapat tawaran utk dip farmasi..saya debgar ura-ura kata kalo nak sambung degree pha kena dpt pointer 3.8 ke atas
AlyaaIBH said...
@SyazandSharifah

waalaikumsalam. tahniah dapat tawaran. :) taklah, syarat kemasukan ke deg pharm dr dip pharm dah dilonggarkan ke 3.5 :)
SyazandSharifah said...
alhamdulilah :)satu lagi nanti ada jpa tawar biasiswa tak?
AlyaaIBH said...
@SyazandSharifah

ya, jpa ada tawarkan biasiswa bagi yang layak. alhamdulillah, akak salah seorang pemegang biasiswa JPA. :)
SyazandSharifah said...
tahniah akak! kiranya jpa tawar dari diploma la? bagusla mcm tu..lega sikit..hehe
AlyaaIBH said...
@SyazandSharifah

terima kasih. :) alhamdulillah syukur rezeki. aah, jpa tawarkan biasiswa jugak utk diploma. tp ada syart2 yg kena lepaslah. hehe. :) nk pergi ke ?
SyazandSharifah said...
owhh..cadangnya begitu la..lega dengar ada biasiswa..kalau boleh akak cerita antara syarat2 yg nak kena lepas? kalau tak menyusahkan lah.. :)
AlyaaIBH said...
@SyazandSharifah

oh, baguslah macam tu. ada dapat tawaran lain selain diploma ni ? hmm, adik punya SPM berapa A? :)
SyazandSharifah said...
ada..mara..farmasi jgk..cuma masa deg buat dkt unikl..okay tak mcm tu??spm dpt 9A :)..
AlyaaIBH said...
@SyazandSharifah

oh, nanti kena buat foundation di kmkn dulu ke acane? okay je tapi degree pharm dekat unikl baru lagi, tahun lepas baru first intake. n tkde mqa lagi. boleh je nak pilih yg mane2. :) wah, tahniah dapat 9A. :)
SyazandSharifah said...
yup..buat foundation kat kmkn..owhh..kalau mcm tu saya nak buat diploma uitm la..lebih terjamin..satu lagi..saya baca tentang pendaftaran kursus dan elaun makanan yang kena pohon secara online dekat student portal..yang tu lepas mendaftar atau sebelum eh?
AlyaaIBH said...
@SyazandSharifah

bagi akak, mana2 pun okey asalkan dapat tajaan bukan. senang sikit. hehe. dah bincang dgn parents semua? oh, yang dua2 tu kena mohon lepas dah daftar uitm nanti. :)
SyazandSharifah said...
dah bincang..parents pun suruh buat diploma..hehe..nanti kan satu bilik tu akan duduk sekali dengan fakulti sama or lain2?
AlyaaIBH said...
@SyazandSharifah

oh, kalau parents pun dah sokong buat diploma, okay jelah. restu mak ayah tu penting. hehe. oh bilik nanti, ikut nasiblah, kdg2 dpt 1 fakulti, kdg2 lain. kalau ada kawan dpt sama kos ataupun kenal sama2 tp lain kos, daftar sekali, dekat2, nnt boleh dpt 1 bilik. biasanya utk sem 1 diorang susun mcm tu. :)
SyazandSharifah said...
owh..macam tuu..thanks akak sudi layan soalan saya yang baaanyak nie..hehe..kalau tak rasanya masih fikir lagi nak pergi mana..huhu..jasa akak memang tak akan dilupakan :) * next sem akak practical dah ke?
AlyaaIBH said...
@SyazandSharifah

hehe. no worries dik. akak bantu mana yang termampu. :) alhamdulillah. aah, akak dah nak praktikal bulan depan insyaAllah.
SyazandSharifah said...
nanti kalau dik nak tanya lagi boleh kowt?? hehe..goodluck!!! all the best!!
AlyaaIBH said...
@SyazandSharifah

hehe. boleh je kalau nak tanya pape nanti. oh, thankyou.. :) all the best to you too :)
H S M E said...
salam akak..nanti kan mesin atm BSN ada tak?? maaf ganggu :)
AlyaaIBH said...
@H S M E

atm BSN dalam kampus takde dik. ada Maybank dengan Bank Islam je =)
H S M E said...
owhhh..terima kasih :)
AlyaaIBH said...
@H S M E

sama sama. (:
wan nor zatu najihah said...
salam..kak klau dpt dip frmsi ni at ipts ..ok ke?mcm mne?explain ckit...
janius sapin said...
asalamualaikim kak...sya nak bertanya bole ?? saya dpt tajaan mara menikuti diploma farmasi di geomatika university collegge..kak rasa bagus kah stdy kat collegge tue...
janius sapin said...
salam kak..bule bertanya..saya mendapat tawaran mara menikuti diploma farmasi di geomatika university collegge..pada pndpat kakak patut kah saya masuk dan ambil tawaran itu..sbb sa rasa tkut,abiz study x dpt apap2 pekerjaan tue yg sa tkut sgt2...mohon bantuan akak..tq
AlyaaIBH said...
@janius sapin

dapat tajaan mara ? alhamdulillah, tahniah. bagi akak, kalau minat okey je, awak boleh proceed. bagi kerja janganlah dirisaukan, insyaAllah tamat dengan pointer baik, interview lepas, adalah kerjanya. serahkan segala2nya pada Tuhan , kita usaha sehabis baik. :)
Anonymous said...
salam...
antara msu dgn kpj, mne lbh baik utk dip farmasi?..
blh bg cadangan tak...
Anonymous said...
salam...
antara msu n kpj mne tmpt yg lbih baik nk amik dip farmasi???
AlyaaIBH said...
@Anonymous

bagi saya, kpj better. :)
hadee said...
Kak, betol ke ada org kata,kalau da ada diploma dlm Farmasi (cemerlang), degree bole ambik 2 thn je? thanks kak !
AlyaaIBH said...
@hadee

tak, tak betul. farmasi ni kos kritikal, dan tkboleh dicut credit hours nyaa. sudah ditetapkan oleh lembaga sebenarnya :)
Hilmi Zulkifli said...
Asslamualaikum kak ! saya nk tanya satu soalan... kalau saya tidak mencapai tahap pointer yg dikehendaki... adakah saya akan disingkirkan dari uitm ?
Anonymous said...
assalam kak...sori entry ni dah lama tp saya n tanye gak...mcm mana nak mohon biasiswa jpa?...sye amik dip pharmacy di kpj...dah tahun ke2
janius ovie ariffin said...
salam kak saya menuntut di kolaj dan ambil cost farmasi dan sya da masuk sem2..tapi sya tngok subjek2 kak x sama dgn subjek yg sy ambil..adakah subjek kolaj dgn uitm berbeza..
bgie information kayy...
farz said...
salam..kak..
saya ni baru lepasan spm.dan result blum dapat lagi nih.
nk tnya,nk dpt diploma farmasi kelayakan mcm mana ye? or soalan lebih straight to d point,akak dlu msa result SPM gempak ea?mmg kna gempak ke?or ada subjek2 spesifik yg kna A? :)
AlyaaIBH said...
@janius ovie ariffin

yes, silibus uitm tak sama dengan kolej2 yang lain, tak sure kenapa tapi dont worry contents diploma 3 tahun ni semuanya sama je saya rasa :)
AlyaaIBH said...
@farz

mcm mana nak dpt diploma farmasi ni? hmm, akak tak dalah tahu sgt spesifik syarat nya tp aslkan result sains semua okey, boleh je nk dpt, letak first choicelah.

result akak alhamdulillah, takdaklah gempak sangat, biasa2 saja. hehe. :)
Anonymous said...
Salam kak nk tnya kalau bahasa penting x utk syarat masuk diploma farmasi.
Anonymous said...
akq saya lepasan spm 2013....saya buntu nak pergi mana
nurul zulaikha said...
Assalamualaikum akak. Saya lepasan spm 2013. Saya memang berminat dgn diploma farmasi ni. Saya dah check saya layak cuma keputusan subjek sains saya cukup makan saja utk ambik. Apa pandangan akak? Terima kasih.
Nabilah Syahirah said...
Assalamualaikum akak .nak tanya kalau nak amek dip.farmasi pastu sambung degree selalunya brapa tahun ek? 
Amirussalam Aswadi said...
assalamualaikum kak,, tumpang pndangan drpd kak,,, sya dpt 9a 1 b plus for kimia n d for bi,,, adkah sya masih da pluang utk dpt dip farmasi uitm ,,,, da melalui pngalaman kak tak kwn2 yg kod2 kwn kak yg result bi dia lbh krng sya tetap rezeki dia dia dpt dip farmasi uitm ni? trima ksh kak
Anonymous said...
Salam... Kak alyaa budak MRSM ke dulu?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

akak tak pasti samada bahasa penting ke tak, kenapa dengan result bahasa awak? tak okey ya?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

macam mana dengan keputusan awak ya? bolehlah cari akak dekat pages blog akak, kita bincang lebih oke? ;)
AlyaaIBH said...
@nurul zulaikha

kalau dah minat, teruskan saja ;) insyaAllah, akak berjaya adik boleh survive jika bersungguh sungguh ;)
AlyaaIBH said...
@Nabilah Syahirah

masih 4 tahun dik. sebab farmasi ni kos kritikal , jadi takdapat nak cut semester atau transfer kredit. semua mula dengan tahun 1 balik ;)
AlyaaIBH said...
@Amirussalam Aswadi

waalaikumsalam dik. tahniah untuk result. insyaAllah, ada peluang utk adik di sini. maaf, akak tak pasti sbb kwan2 pun jarang bagitau result spm mereka, huhu. adik minat nak masuk belajar mana ?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

Waalaikumsalam, ya saya. Akak ex MRSM. ;)
Anonymous said...
Assalamualaikum , kak boleh saya tahun results spm akak mcm mane ?
Anonymous said...
assalamualaikum kak , boleh saya tahu keputusan spm akak ?
yAyAh AcHiK said...
assalam kak.,
antara diploma farmasi n diploma sains mana sng dpt eh kat UiTM.,
sy minat farmasi., tp rasanya penang tu parents sy xleh antarkan :(
Anonymous said...
assalamualaikum kak alya :) salam perkenalan . saya baru je jumpe blog akak ni . sangat bagus . pape pun saya harap akak dapat kongsi lagi pasal diploma in pharmacy dan pasal universiti bagai ni . saya nak bace .saya ni baru lepasan spm 2013 . huhu . pape pun , thanks atas maklumat yg dikongsikan . may Allah bless you :) insyaAllah , aminn~
fauzan said...
salam kak :) spm sy dapat C+ untuk kimia, yg lain semua ok.. boleh ke sy dari diploma nk sambung ke degree untuk farmasi dgn kimia sy C+?
fittrifabiian januzaj said...
Assalamualaikum akak...saye nih mmg minat sangat nk amek pharmacist...tapi biler dgr cerite akak pasl sem 2 tuh....macam takot lah pulak..tapi doakn lah saye dapt jadi macam akak..sbb minat nih...lagi satu nak cakap..pharmacist course nih bnyk pasal chemistry k bio or physics?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

waalaikumsalam dik, result akak biasa2 saja :) alhamdulillah
AlyaaIBH said...
@yAyAh AcHiK

maaf dik, akak takpasti yg mana senang dapatnya. tp insyaAllah kalau ada rezeki adik, dptlh. takpe dik, belajar jauh sikit, cari pengalaman :)
AlyaaIBH said...
@Anonymous

waalaikumsalam dik. alhamdulillah, harap2 blog akak dpt memberi sedikit input buat adik mengenai dip in pharm. ada masa, insyaAllah akak akan kongsikan lagi ya. ;)
AlyaaIBH said...
@fauzan

waalaikumsalam dik, kalau untuk masuk ke dip pharm, insyaAllah boleh tp kalau degree, akak rasa susah sikit sebab syarat dr lembaga wajib dpt b ke atas utk sbj sains ;)
AlyaaIBH said...
@fittrifabiian januzaj

waalaikumsalam dik, alhamdulillah adik minat dengan pharm :) pharm ni lebih kepada chem ngn bio. but dont worry, sem 2 tu takdalah scary sangat, biasa2 ja kalau adik score dr awal, hehe
Anonymous said...
kak alya.. maaf nak tanya sikit, subjek diploma farmasi nie banyak mengira atau membaca atau menghafal? sebab saya kurang sikit bab2 mengira nie.. :)
AlyaaIBH said...
@Anonymous

dip farmasi ni banyak menghafal dik. mengira pun ada, tapi insyaAllah akak yakin adik boleh :)
Nurul Huda Yusri said...
Salam..kak klau dpt dip sains n nk tkar ke dip farmasi bleyh x ?
Nurul Huda Yusri said...
Salam...kak...saya lpasan spm 2013.. sy brmint ngan dip farmasi ni ...tp sy da trslah mhon...huhu... jka sy dpt dip sains bleyh x klau sy nk tkar ke dip farmasi ?
Anonymous said...
Thanks! sangat membantu. akak, seronok ke belajr dekt uitm bertam? Sy dapat dip frmsi jga, tapi ragu ragu sikit nak pg.
Anonymous said...
Akak mrsm mana dulu? sy pun mrsm jugak, and dpt twrn dip farmasi ni. tpi sedih juga sbb kwn2 lain dpt asasi, sy dpt diploma huhu. tapi bila bce entry akak ni semangat sikit. Thanks akak. akak from penang ke?
Anonymous said...
assalam..akak sya nak tya utk dip pha ni ada tak yg bleh jump buat degree pha sbb dpt pointer cemerlang?? tq
AlyaaIBH said...
@Anonymous

alhamdulillah, sepanjang 3 tahun tempoh pembelajaran di uitm bertam, i did enjoy myself. seronok sangat :)
AlyaaIBH said...
@Anonymous

akak dulu mrsm kuala berang, hulu terengganu. ya adik, akak faham sangat perasaan adik tu, akak pun pernah mengalaminya sebelum ni. buatlah pilihan terbaik ya adik, jangan sampai menyesal di kemudian hari :) btw, boleh akak tanya adik berapa A SPM?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

waalaikumsalam dik. Sebelum ni, ada. Tapi start tahun lepas, sudah dimansuhkan oleh UiTM kerana kebanyakan pelajar bila masuk ke degree (lompat semester), rata2 takdapat nak survive dgn baik, lantas berhenti begitu saja. :)
Anonymous said...
Assalamualaikum kak, JPA ada tawarkan lagi tak biasiswa untuk student dip farmasi? dengar cite dah takde.
Anonymous said...
As salam.. Akak, alhamdulillah, 1 jun nty in shaa allah dftr kat uitm bertam.. Tq cgt2 entry akak yg bergna tu.. Cgt2 membantu.. Btw, nk tnya.. Nty kan ad mds, time tu kna pkai bju krung putih n kain berwana gelap tu hitam la kan?? Kalu tudung plak mcm mna ye?? Color ap n jnis yg mcm mna ek?? Tima kasih..
AlyaaIBH said...
@Anonymous

waalaikumsalam dik. kalau tak silap akak masih ada, sebab batch junior akak masih ada lagi yang dapat.
AlyaaIBH said...
@Anonymous

waalaikumsalam dik. alhamdulillah, tahniah dan selamat datang :) yup, nnt masa mds, utk hari terakhir mds adik kena pakai baju putih dan kain hitam/gelap. tudung kena pakai tudung uitm, yang akan diberikan kelak ketika mendaftar :)
Anonymous said...
akak,...kalau dip farmasi nie sy buat kat ipts,nanti sambung degree nak masuk ipta ..boleh tak?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

boleh tapi agak sukar lah, sebab sekarang ni saingan sangat sengit.
Anonymous said...
Total masa bljr sampai degree means tujuh tahun la?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

Yup
Anonymous said...
Salam , saya lepasan spm2013 tpi aliran sastera . Lepas tu saya dapat course farmasi dkt micist melaka . Adakah saya blh bawa coursecni even saya bkn dri aliran sains tulen ? Tlg beri respons . TK
AlyaaIBH said...
@Anonymous

waalaikumsalam. mula sekali, tahniah sebab dapat tawaran ;) bagi akak, memang agak sukar jika dari aliran sastera spm mahu ke diploma farmasi. tapi akak yakin, jika adik usaha lebih sedikit, insyaAllah adik akan berjaya. cumanya, adik akan mengalami sedikit kesukaran utk menyambung pelajaran ke peringkat degree yg mana LFM telah meletakkan beberapa syarat yg baru utk lepasan diploma /setaraf.
Anonymous said...
Assalamualaikum wth.

Jawatan Kosong - Pembantu Farmasi
Pusat Pakar Bersalin & Mata, PERMATA
Ipoh, Perak

Kepada calon yang berminat dan memiliki Diploma Farmasi, sila hubungi Cik Syafiqah Mohd Saad ditalian 05-5261997 untuk keterangan lanjut. Sekian, Terima Kasih.

p/s: Jikalau ada kawan-kawan yang berminat, boleh hubungi nombor yang tertera diatas.
Anonymous said...
salam sis....
sy nk tnye mcm mana nak apply biasiswa utk course pharm ni?... sy student dip.pharm thun ke 2 ipts... boleh k sy student ipts apply biasiswa?...n cgpa brpe bru blh apply?...
Anonymous said...
salam sis....
sy nk tnye mcm mana nak apply biasiswa utk course pharm ni?... sy student dip.pharm thun ke 2 ipts... boleh k sy student ipts apply biasiswa?...n cgpa brpe bru blh apply?...
shasha razi said...
Salam sis.. sy ni budak sem 3 dip fmasi uitm.. nk tnye sis amk muet bile? Confused laa sy... nk amek sem 4 or time prktikal.. sis ade cdangan x?
AlyaaIBH said...
@shasha razi

waalaikumsalam dik. akak ambik muet time akak sem 3 dulu. cadangan akak, baik ambik awal start sem 4, sebab kalau tak dapat result cantik, boleh terus repeat. kena ingat yg level muet utk stiap kos dah dinaikkan mulai 2015, lgpun nnt bila dah praktikal, komitmen utk praktikal dan fyp saja. ini pendapat akak jelah. ;)
Najwa Waa said...
Salam akak. sebenarnya sy dah mula berminat dgn farmasi. tp lps sy baca semua tentang kos ni sy rasa susah laa. harapan sy nk ambil kos farmasi tu tinggi. *sy lepasan spm 2014
AlyaaIBH said...
@Najwa Waa

waalaikumsalam adik.secara jujurnya, mampu akak cakap memang kos ni agak susah, tp tak mustahil kalau adik betul2 minat. insyaAllah, adik boleh. yakin pada diri adik. nak cakap farmasi susah, kos lain pun taklah senang sangat. masing2 ada susah dan senang. apa2pun, tahniah dah habis SPM. manfaatkan cuti yang ada dgn sebaiknya ;)
Anonymous said...
Maaf entry dah lama tp saya nak tanya hihi, kos tu berapa tahun? practical masuk sekali dalam tahun diploma tu lepastu baru grad eh?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

kos diploma farmasi ni selama 3 tahun. and yes, termasuk praktikal selama 1 tahun (2Sem). Kiranya belajar dua tahun je lah (4 semm) dan lepastu baru grad ;)
Anonymous said...
Assalamualaikum kak, sepanjang akak belajar dalam course farmasi ni banyak kene buat presentation tak?
Terima kasih
AlyaaIBH said...
@Anonymous

waalaikumsalam. presentation tu ada, tp tak banyak. :)
umai maiyo said...
Sy tak hebat bio mase spm.. tapi sy nk masok kos ni ok x? Blajar dri mula ke kat u nnt??
AlyaaIBH said...
@umai maiyo

bagi akak okey je, sebab akak dulu pun tak hebat sangat bio time spm tapi alhamdulillah boleh je nak survive :)
Anonymous said...
Akak sy nk tanya. Saya ni lepasan spm 2013. Lepas spm sy smbung asasi tp sy fail satu subject time sem 1 n x dapat teruskan asasi. Akak rasa peluang utk saya mohon diploma farmasi cerah x?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

sebelum ni adik asasi di mana yer? insyaAllah akak rasa peluang tu ada, tak salah jika nak cuba. adik moohon dulu yer. ;)
umai maiyo said...
Assalamualaikum.. akak.. sy tggu result ni..btw.. sy tk tau minat ape.. sy nk amik farmasi ni..agak2 ok tk..mse blaja dulu subjek sc x hebat pon... hurm..runsing laa
umai maiyo said...
Assalamualaikum.. akak.. sy tggu result ni..btw.. sy tk tau minat ape.. sy nk amik farmasi ni..agak2 ok tk..mse blaja dulu subjek sc x hebat pon... hurm..runsing laa
hidayah azzeni said...
Assalammualaikum , akak saya minat dalam bidang farmasi ni tapi saya tak belajar fizik , bio ,kimia saya just belajar sains je . Bagi pendapat akak susah tak kalau saya nak sambung belajar dalam bidang ni ?
AlyaaIBH said...
@umai maiyo

waalaikumsalam. maaf adik akak baru nak respons sbb busy sikit. jd, how;s ur result? if result layak, then go for dip farmasi. inshaAllah boleh dan okey :)
AlyaaIBH said...
@hidayah azzeni

waalaikumsalam. nak kata susah tu mungkin juga sbb adik takda basic biology kan. tp kalau adik survive lebih sikit mungkin boleh score dan mudah :) btw, if adik nk sambung degree pharmacy nnt mcm susah sikit sbb takambik subj fiz chem bio masa spm kan :)
Anonymous said...
Salam kak nak tanya....saya dpt bio b+ chem b fizik c+...boleh ke dpt dip farmasi ni?
amni said...
salam akak. saya nak tanya kalau saya dapat b untuk addmaths,bio,chem and c+ for physics layak tak saya mohon diploma farmasi ni?
AlyaaIBH said...
@Anonymous

kalau tanya pendapat akak, inshaAllah boleh dapat dip farmasi. cuma akak risau adik takdapat nak teruskan untuk degree nnt sbb LFM dah letakkan syarat supaya semua subj sains dapat B. Harap membantu :)
AlyaaIBH said...
@amni

waalaikumsalam. nak mohon tu akak rasa masih layak inshaAllah. cuma akak risau adik takdapat nak teruskan utk degree pharm nnt sbb LFM dah letakkan syarat utk semua subj sns dpt B ke atas. Harap jawapan akak membantu :)
ijat aummmm!!!! said...
assalamualaikum akak =) em nak tanya nih , saya dapat 5A 4B spm 2014and saya ada choose diplo farmasi ni kat uitm . chemist saya B solid tapi Bio A- . akak rasa saya ada peluang tak nak dapat kos ni? terima kasih =)
ijat aummmm!!!! said...
salam. kak saya dapat 5A 4B Bio A- , chem n phycs dapat B . akak rasa ada chance tak tuk saya dapat kos ni at uitm . terima kasih =)
danial said...
salam kak,, nk tanya kalau kita buat dip utk farmasi kan, pastu kita
smbung utk degree farmasi masuk
second year atau start as first

year? dan lg, kalau nk ambik degree
tu berapa tahun kalau dh amek dip?
Anonymous said...
Selain uitm p.pinang, uitm mana lagi yg menawarkan dip farmasi?
Anonymous said...
Salam . Kak saya dapat a- for bio and b for chemist and physics . Akak rasa saya boleh lepas tak kos ni . Lelaki ramai tak amik kos ni?
AlyaaIBH said...
@ijat aummmm!!!! waalaikumsalam, inshaAllah boleh dapat. :)
AlyaaIBH said...
@danial

waalaikumsalam. kalau kita buat dip pharm lepastu masuk bpharm kita akan start dengan first year balik. so total akan jadi 7 tahun, 3 tahun dip dan 4 tahun degre :)
AlyaaIBH said...
@Anonymous

hanya uitm pulau pinang kampus bertam saja yang ada kos diploma farmasi :)
AlyaaIBH said...
@Anonymous

waalaikumsalam. result tu dah okey inshaAllah boleh lepas :) lelaki biasanya tak ramai sangat jd peluang nak dapat tu lagi senang inshaAllah.
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال