PROMOSI PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR DALAM BIDANG DIPLOMA FARMASI DI KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI DAN PROFESIONAL PERLIS (KATPM PERLIS) UNTUK PELAJAR MENDAPAT KEPUTUSAN SPM DAN STPM

Diploma Farmasi Ditawarkan di KATPM Perlis





Bidang farmasi telah dikenalpasti sebagai bidang yang kritikal pada masa kini kerana masyarakat kini sangat prihatin terhadap tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Seorang pembantu farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Pusat-pusat Kesihatan. Matlamat utama pembantu farmasi di dalam semua organisasi ini adalah untuk memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, pengedaran dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal. Di samping itu pembantu farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat untuk mempreskripsi dan menggunakan produk farmaseutikal. Ilmu ini juga dapat digunakan untuk melahirkan profesional beretika yang dapat mewujudkan keseimbangan di antara tanggungjawab kemasyarakatan demi untuk memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional mengambil langkah proaktif untuk menawarkan kursus ini bagi memberi peluang kepada remaja yang berminat untuk mendalami ilmu farmasi di peringkat asas sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan berdaftar sebagai ahli farmasi profesional. Di samping itu, kursus ini juga dapat menjadi pemangkin dalam menambahkan ahli-ahli farmasi untuk memenuhi keperluan negara.

Syarat Kelayakan

SPM 3 KEPUJIAN termasuk kepujian SALAH SATU mata pelajaran SAMADA pelajaran SainsATAU Biologi ATAU Fizik DAN lulus Bahasa Melayu.

Prospek Kerjaya

Seorang farmasi boleh berkerja sama ada di hospital, kedai farmasi, industri farmaseutikal, unit penguatkuasa, biro kawalan farmaseutikal kebangsaan, universiti atau bahagian farmasi di pusat-pusat kesihatan. Disamping itu, ahli farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat demi untuk memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.

sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak kolej KATPM Perlis.


Bidang Pengajian Sains Farmasi



Farmasi banyak melibatkan ubat-ubatan
Tahukan anda, mungkin ada antara kita yang mendapat tawaran pengajian sains farmasi ni. Apakah sains farmasi ini? konsep apa yang dipelajari? prospek kerjayanya?
Pengajian sains farmasi ini juga salah satu bidang yang baik untuk anda pilih. Sejajar dengan kemajuan dunia serta cara hidup yang rendah kualitinya membuatkan ramai yang menghidapi penyakit walaupun penduduk yang semakin bertambah. Bidang sains farmasi ini banyak ditawarkan di universiti awam dan juga segelintir di universiti swasta seperti KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI DAN PROFESIONAL PERLIS (KATPM PERLIS). Contoh di peringkat diploma ialah Diploma Farmasi. Kebiasaannya kursus ini tempoh belajarnya adalah 3 tahun.
Apakah yang dipelajari ?
Kebiasaanya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :
  • Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat yang diambil
  • Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
  • Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu, pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk kegunaan pengguna.
  • Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran, pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
  • Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta kesan sampingan.
  • Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit tertentu.
Kerjaya?
  • Hospital adalah paling sinonim termasuk hospital-hospital di universiti, angkatan tentera, kerajaan dan juga swasta.
  • Bertugas dalam pengurusan dalam syarikat-syarikat farmaseutikal Multi-nasional dan tempatan
  • Menyambung pengajian sebagai pensyarah dengan terlibat dalam akademik dan penyelidikan
  • Terlibat dalam industri Farmaseutikal  ( pengeluaran dan jaminan, mutu, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan )
Kebiasaanya juga pelajar akan berkhidmat dalam bidang seperti perkhidmatan farmasi pesakit luar, bekalan wad, kaunseling ubat-ubatan, maklumat drug, farmasi onkologi dan pelbagai lagi.





About fiziesss
Seorang yang tak pernah kenal erti mengalah selagi masih berupaya untuk berusaha, minat untuk membantu setakat mampu. ( Pengguna perlu teliti Syarat dan Terma sebelum menggunakan xpresi , Hak cipta terpelihara, tidak dibenar mengulang cetak dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis penulis ) Saya dan xpresi.org tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan komen. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

16 thoughts on “Bidang Pengajian Sains Farmasi

  1. Your comment is awaiting moderation.
    PROMOSI PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR DALAM BIDANG DIPLOMA FARMASI DI KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI DAN PROFESIONAL PERLIS (KATPM PERLIS) UNTUK PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SPM DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA STPM
    Diploma Farmasi Ditawarkan di KATPM Perlis
    Sesiapa yang mahu dapatkan atau dapat surat tawaran KATPM Perlis DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej SMS @ WHATSAPP @ WECHAT @ TELEGRAM (KATPM, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT RUMAH, EMAIL KEPUTUSAN SPM DAN NAMA KURSUS) yang diambil, AM, TEL : 017-6842 836 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian. Anda juga boleh menghubungi AM, TEL : 017-6842 836 atau ammarmaju@yahoo.com untuk pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran KATPM.
  2. rabiatul adawiyah
    As salam..saya budak tahun satu degree di ipta..saya brminat kos farmasi..bley x saya apply degree farmasi dan mcm mne?
  3. Salam, sy budak lpasan matrik, nk tnya, sy dpt pointer 3.91 tp muet band 2, bleh x nk mhon farmasi?
  4. salam..
    saya dpt dip farmasi , tapi mak kwn sya kata buat dip farmasi x bgos
    so, boleh beri sdkit pnjelasan dan pndapat antara dip farmasi or matrik yg mna lbh bagos..
  5. SALAM , saya lepasan spm 2013 , saya minat bidang farmasi , tapi subjek sains tulen tahap sederhana , boleh ke saya menceburi bidang ini ?
  6. salam,saya ingin ceburi bidang ni.
    saya lepasan spm. saya xnak ambil risiko ke matrikulasi.
    jadi,boleh ke sya trus mohon ke ipta?
  7. assalam..nk tnye..btol ke farmasi ni kos yg biasa2 sahaja?
    coze my cousin kate…4 what blajar pndai2 lau stakat nk amik farmasi course..katenye sy xfhm tntang bidang neyh..walhal stahu sy bidang ney bikan skadar bagi2 ubat jer..am I rite?or she is the wrong one?katenye…lau stakat nk amik farmasi tu better amik nurse n spa la..agk kelakar statement die..but i still wanna make sure that she is wrong..please answer..:)
  8. Mohd Luqman Nur Hakim Bin Abd Razak
    Salam,sy ade diploma farmasi..bgaimana caranye untuk smbung ijazah farmasi..?
  9. emmm….quite interesting and challenging…but for those who is interested in this course,do whatever it takes to succeed!insyaallah…amin…
  10. salam…saya dengar kos ni sgt tough….blh beri pendapat?
  11. Assalamualaikum..
    saya ingin mnceburi bidang farmasi..
    tp saya agk keliru,
    di antara sains tulen, sains kesihatan/bersekutu, dan sains gunaan,
    yg mana yg patut dipilih?
    tma kasih..
  12. Nor Hazwani Amalina Binti Hamid
    salam, brapa pointer utk program matrikulasi nak wat ijazah dlm farmaseutikal?

Source: http://www.xpresi.org/bidang-pengajian-sains-farmasi/#comment-7238
Sumber : Bidang Pengajian Sains Farmasi 
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال