PROMOSI PENGAMBILAN KEMASUKAN PELAJAR DALAM BIDANG DIPLOMA FARMASI DI KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI DAN PROFESIONAL PERLIS (KATPM PERLIS) UNTUK LEPASAN PELAJAR SPM DAN STPM DI MALAYSIA

Diploma Farmasi Ditawarkan di KATPM Perlis



Bidang farmasi telah dikenalpasti sebagai bidang yang kritikal pada masa kini kerana masyarakat kini sangat prihatin terhadap tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Seorang pembantu farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Pusat-pusat Kesihatan. Matlamat utama pembantu farmasi di dalam semua organisasi ini adalah untuk memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, pengedaran dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal. Di samping itu pembantu farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat untuk mempreskripsi dan menggunakan produk farmaseutikal. Ilmu ini juga dapat digunakan untuk melahirkan profesional beretika yang dapat mewujudkan keseimbangan di antara tanggungjawab kemasyarakatan demi untuk memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional mengambil langkah proaktif untuk menawarkan kursus ini bagi memberi peluang kepada remaja yang berminat untuk mendalami ilmu farmasi di peringkat asas sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan berdaftar sebagai ahli farmasi profesional. Di samping itu, kursus ini juga dapat menjadi pemangkin dalam menambahkan ahli-ahli farmasi untuk memenuhi keperluan negara.

Syarat Kelayakan

SPM 3 KEPUJIAN termasuk kepujian SALAH SATU mata pelajaran SAMADA pelajaran SainsATAU Biologi ATAU Fizik DAN lulus Bahasa Melayu.

Prospek Kerjaya

Seorang farmasi boleh berkerja sama ada di hospital, kedai farmasi, industri farmaseutikal, unit penguatkuasa, biro kawalan farmaseutikal kebangsaan, universiti atau bahagian farmasi di pusat-pusat kesihatan. Disamping itu, ahli farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat demi untuk memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.

sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak kolej KATPM Perlis.

Contoh kerja keluaran Diploma Farmasi


Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
 
Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,312.00RM5,173.00RM145.00
 
Syarat Lantikan:
i.warganegara Malaysia;
ii.berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii.a)Diploma Pembantu Farmasi daripada Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ]
 b)Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ]
iv.lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
 .i.Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan.
 ii.Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu.
 iii.Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
 iv.Membekal campuran, losen dan 'ointments' kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
 v.Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.
 vi.Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, 'ointments' dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
 vii.Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.
    
    Sebarang perubahan tertakluk kepada spa
    Source: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Diploma/6533
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال