GRADUAN IPT PERLU PERKASAKAN DIRI JADI BANGSA YANG HEBAT - RAJA MUDA PERLIS

PERMOHONAN KEMASUKAN KE 
KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI & PROFESIONALPERLIS, MALAYSIA (KATPM)
TELAH DIBUKA SEKARANG.


Sesi pendaftaran kemasukan untuk tahun ini akan diadakan tidak lama lagi. Sila lihat diploma yang ditawarkan oleh kami, atau hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut! Yuran pendaftaran hanya RM50.00!


Sesi pendaftaran kemasukan 

Sesiapa yang mahu dapatkan atau dapat surat tawaran KATPM Perlis  DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej SMS @ WHATAPPS @ WECHAT<KATPM, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT RUMAH, EMAIL, KEPUTUSAN PENUH PEPERIKSAAN DAN NAMA KURSUS> yang diambil, AM, TEL : 017-6842 836 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian. Anda juga boleh menghubungi AM, TEL : 017-6842 836 atau emailkan kepada ammarmaju@yahoo.com untuk pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran KATPM.


GRADUAN IPT PERLU PERKASAKAN DIRI JADI BANGSA YANG HEBAT - RAJA MUDA PERLIS

KANGAR, 24 Nov (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu graduan institusi pengajian tinggi memperkasa diri menjadi bangsa Malaysia yang hebat untuk masa depan negara.

Menurut baginda mereka juga perlu berusaha untuk menjadi modal insan yang mulia, terkehadapan, bersemangat patriotisme dan menghayati Rukun Negara.

Bertitah pada majlis konvokesyen Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional Malaysia (KATPM) di sini Ahad, baginda juga mengingatkan graduan supaya menjauhi kegiatan rasuah, pecah amanah, penipuan atau yang berkaitan dengan disiplin semasa meneruskan kehidupan di alam kerjaya kelak.

Tuanku Syed Faizuddin juga menyarankan graduan menyuburkan semangat sukarela bagi mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat.

Pada majlis itu, Raja Muda Perlis berkenan menganugerahkan diploma kepada 250 graduan dalam jurusan farmasi, teknologi mekanikal gas, kejururawatan, pengurusan hotel dan pelancongan, pengurusan sumber manusia, perakaunan dan pentadbiran perniagaan.

Noor Aminah M. Fauzai yang menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat CGPA 3.80 serta memperoleh keputusan 82 peratus dalam peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia menerima anugerah Presiden.

Turut hadir Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Rektor dan Ketua Pegawai Eksekutif KATPM Datuk Dr Hashim Ahmad.

-- BERNAMA

Source@ http://www.perlis.gov.my/index.php/en/arkib-berita-perlis/259-graduan-ipt-perlu-perkasakan-diri-jadi-bangsa-yang-hebat-raja-muda
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال